28 Februari 2008

Ni cita baru pasai kelah "Sepit tetap idaman"



Mai kita selami lubuk ini (Kuala Koh) Gua Musang, Kelantan, tengok air rindu nak tengok sisik gold colour (kelah).




Yang ni kemah tok batin, kita punya belakang sikit.................. maklumlan rank filed.

Cerita kemah dulu...... (pelan-pelan kita masuk) kata orang kedah. Tu dia hebat kemah kami cek nak habaq, lokasi tengah pulau lubuk jerngal. Muka bumi cerun berbatu, kalau tidur kena mengiring, kalau hujan jangan buat hal, pindah cepat, pulau akan tengelam, kalau tak pindah alamat pindah tidur atas pucuk kayu.......... silap hari bulan sendiri mau ingat. Kawan pernah lari banyak kali, tapi buat masa ni kira ok lah...... masih selamat. macam ni punya kemah kurang-kurang dua malam.



Ini bhg. dapur......... kalau semua P pancing, tukang masak pun kaki pancing alamat dapur tak berasap.......... Tip dia...... kena bawa la orang gaji (neng) ........he..he....



Yang tak tahan kena berjemor......., Tunggu ikan macam tunggu durian putik bila nak luruh tak tau, tapi mau sabar. Kadang kadang boleh lena tengah panas. Kalau terbang (supermen) pancing berbaloi......... Bontot sah kebas (sakit) tengok kusyennya batu bang oiiiii, lubuk jerngal batunya tajam...... tapi masih boleh senyum. masa ni haram tak dapat sekor pun tapi kita post baik punya.



Tengok kawan tiga orang ni. Matahari pacak atas kepala buat dak je....... Yang depan ni orang Ganu kite... kalau sebut main golf mesti jadi punya. Mana padang tak kira.... Yang penting tak tolak punya. Kalau lantik dia ops. pacak sesuai kerana 4 hari 4 malam pun mesti tak ubah lokasi punya... walau apa keadaan sekali pun. Tengah tu orang Johor.. dia ni merangkap tukang masak, yang ni memanjang mogok kalau pancing dia tak singgah mula dapur tak berasap, masakan asam pedas no one.....menjilat jari (member lapar). Yang ujung tu orang nogeri 9, yang ni tak tahan panas, tak tahan hujan, tak tahan lapar.. pendek kata semua tak tahan...... nak bagi dia cerita bila strips tali putus.....



Ha ni seko lagi. Ni orang Johor juga macam member dia tukang masak. Tapi yang ni suka sorang-sorang. Yang ni payah sikit, kalau janji memanjang tak jadi ada hal aja. kali ni pun nasib kalau lambat 5 minit, pakai tak jadi.... mesti ada hal lain.




ini lubuk idaman. macam-macam ada, kalau ada kelah, karai, lampam, mata merah, baung, tengkalan (no.one), dll.......kira ok.... bimbang ada toman, biawak, benda panjang tu duduk beremdam jadi payah (menyeramkan). Air tenang mengalir sepoi sepoi (macam angin pula), jernih pun sepoi sepoi keroh....(tak keruh sangat la tu). Yang bawah tu tempat badak beremdam.... kat sini kira ok...........air paras buku lali berani la......



hari nak balik (last day), post ni yang syok... tangkapan masing masing, tengok budak tak berbaju tu ..... post dengan dia punya tangkapan... semacam je. Yang tak ada tu hampeh le....



ini post maut punya. (Gamabar A) Tiga ekor sekali pulun....... yang sebelah tu semua hasil tangkapan kami trip ni. tukang masak cukup la sorang sekor........

25 Februari 2008

Jom Mancing @ Lubuk Sg. Lawas, Sarawak


Macam nelayan laut dalam aje.. hehehe.. tengok la ada kapal besar kat Sg. Lawas ni, tempat ni kira dah pedalaman jugak, tapi kapal masih boleh mudik ke hulu sungai. Masa ni baru naik bot nak pergi mancing udang galah, tengah cari lokasi lubuk baik punya..



Alamak ada bot ekspress.. lari lari lari, kena la standby kat tepi, kalau tak nanti tergolek dog pulak kena lambungan ombak dari bot ekspress tu, bujang senang pun tengah standby jugak tunggu mangsa hehehe..

Fuyoohh.. sepit biru tu, mesti ada buaya kat lubuk ni kan, itu pasal banyak udang galah..


Eh.. macam kenal aje, sape yek.. orang Semenanjung kot, macam mana pulak boleh tersesat kat Lawas ni..

Ekelleh.. tak beberapa birulah sepit udang ni, tapi boleh tahan jugak..


He he he.. lagi tak biru..


Alah.. orang lain yang dapat tapi tumpang ambik gambar aje tu..


Inilah dia hasil tangkapan untuk hari ini.. boleh tahan jugak walaupun bukan musim udang..



Ni nak buat apa ni, goreng pun sodap..



Fuh.. kalau masak udang roti ala-ala kat Garden Seafood ni, mesti meleleh air liur punya, hehe..