06 Oktober 2011

SIPITANG OH SIPITANG

Indahnya petang di Sipitang





SIPITANG satu nama yang sinonim dengan cerita dongeng zaman dahulu mengisahkan ............. Tetapi lain dengan cerita sebuah tempat di Negeri Sabah yang terkenal dengan negeri dibawah bayu. Sipitang terletak dipantai barat negeri Sabah dan hampir bersempadanan dengan negeri Serawak. Jarak dari KK lebih kurang 1 1/2 jam perjalanan. Sipitang sebuah tempat yang indah dan sedang dibangunkan oleh kerajaan negeri. Sebuah pekan dipersisiran pantai yang pantainnya mengadap kearah matahai jatuh. Jika anda berpeluang kesana nantikan semasa senja menjelang pasti anda akan terpegun dengan kecantikan kurniaan tuhan apabila pandangan dilangit kemerah-merahan dan kemudian hilang sedikit demi sedikit sehinggakan matahari itu terbenam ditelan bumi. Saya sempat menekmatinya pada awal bulan september lalu.

Yang hendak diceritakan disini disebalik keindahannya ada pandang yang menjolok mata ditepi pantai itu. Kerajaan negeri Sabah amat perihatin dengan rakyatnya yang mahu yang berniaga. Mereka tergolong dalam perniagaan makanan kecil-kecilan. Kerajaan telah dirikan deretan gerai ditepi pantai dan disiapkan pasarana yang amat cantik. Mungkin juga kerajaan negeri telah belanjakan jutaan ringgat untuk itu di kawasan ini.

Cerita ini bukan cari salah siapa tetapi amat menyakitkan mata setiap kali memandangnya. Pandangan pelancung harus dilihat secara positif. Saya juga akan paparkan gambar yang sempat dirakamkan bagi anda sendiri menilainya.

Gerai yang didirikan bolehlah diketogorikan sebagai gerai kecil untuk peniaga kecil dengan keluasan 10 x10 kaki. Agak sempit bagi peniaga yang berniaga secara kecil-kecilan tetapi segala menu makanan hendak dijual dalam satu gerai. Dari segala mee,mehoon (soto bagi orang sabah), nasi, masakan panas, ayam bakar, sate dan segala macam jenis minuman hendak dijual sendiri menampakkan seperti tidak terkawal. Mungkin salah pihak PBT yang memberi lesen. Pada saya tempat begini lebih cantik jika kita cantikkan dengan cara menunjukan sikap kerjasama antara peniaga. Secara tidak langsung kawasan ini menjadi bersih dan terkawal. Pihak PBT mungkin terlepas pandang bangunan gerai yang catik sebagini harus dikawal. Perbincangan harus dibuat dengan peniaga tentang masalah yang dihadapi mereka.


Cuba anda lihat gambar ini. Gerai cantik-cantik telah dicacatkan dengan pandangan kemah-kemah yang didirikan oleh peniaga. Peniaga dengan berbagai ragam, ruang siapkan makan yang sempit, kotor, basah, becak langsung tidak terurus dengan kemas mendatangkan rasa loya tekak walaupun makanan yang dihidangkan agak menyelerakan. Makan yang mendapat sambutan soto, sate, kepak ayam dan beberapa jenis mee boleh dikatakan dijual oleh semua peniaga disini.

Satu lagi kemudahan tandas awam yang didirikan ditepi gerai ini. Kalau di KLCC dikenakan RM2.00 anda akan berpuas hati dengan keadaan tandasnya tetapi disini dikenakan 30 sen sahaja tetapi rasanya kalau free pun orang tak masuk kalau tidak terpaksa.

PBT Sipitang tolong lihat perkara ini, kemudahan awam harus diselengarakan dengan baik. Pasti kami pelancung akan datang lagi kesini...........

Tiada ulasan: