06 Oktober 2011
SIPITANG OH SIPITANG
26 September 2011
Cuti Hari Raya Aidilfitri & aktiviti Sekitarnya (Kota Kinabalu, Lawas, Limbang,Brunei)
1. Hari Mula Bercuti-20-8-2011.
Perjalanan dari KKB bermula jam 8.00 menghala ke LCCT kerana penerbangan airasia jam 1350hrs ke Kota Kinabalu (KK).
Kejadian pertama yang hendak diceritakan di LCCT semasa pemeriksaan oleh polis bantuan. (PB). Biasanya aku diketogorikan orang yang boleh tahan kalau pasal kelepet barang-barang larangan ni (x menyalahi undang2) barang yang diketogorikan melanggar peraturan shj. Hari ini aku bawa isi durian berbagai jenis (durian kampung, udang merah, kuching tidur dan berbagai jenis D) yang telah beku untuk mertua yang sememagnya boleh diketogorikan ......durian. dibungkus dng plastik dan tuala lembab punya tebal hingga anjing K9 mungkin tak dapat hidu baunya. Aku simpan dalam beg dan bawa bersama semasa pemeriksaan (x masuk kargo). Teknik ini bukan kali pertama sebelum ini beberapa kali lepas......., tapi apa yang hendak diceritakan kali ini kantoi, bukan kerana kecanggihan mesin x ray polis bantuan, bukan kerana anjing K9 ada dipintu masuk tetapi kerana hati yang bersih dan semperna bulan ramadan yang mengajar umatnya menjadi lebih baik dari yang baik sebelum ini. selamba sahaja aku masuk bag isi durian melalui mesin x-ray. Di kauntar diperiksa oleh seorang anggota PB wanita berpangkat sarjan, separuh umur dengan dailog yang lembut penuh sopan (gadis melayu):-
PB - encik nak pergi mana, ramai ! sekelurga ke ni?
Jwp - balik kampung raya.
PB - awalnya balik raya dimana kampung?
Jwp - Lawas, Sarawak, awal sikit balik cuti lama kali ini.
PB - Selamat bercuti, panjang cuti encik kali ini. Nak tanya apa isi bag ni?
Jwp - Ada bawa buah durian sikit untuk mak mertua.
(jawab aku dengan jiwa yang suci dengan niat yang murni..........). Isteri disebelah telah cubit dipaha kerana jawapan itu akan mengudang padah dan tidak seperti rancangan asal bukan tidak tahu pantang bawa durian dalam kapal terbang. Dalam hati aku kenapa lurus sangat aku hari ini.......... apa mahu cakap lagi telajak perahu boleh undur telajak kata ..........terus on je lah.
PB - Durian dilarang bawa dalam kapal encik.
saya terdiam sekejap apa nak jawap ni........ blur......idea datang pun ciput je.
Jwp - Saya tahu, tetapi saya dah bungkus tebal-tebal x berbau pun. (bag itu saya buka dan benarkan PB buat pemeriksaan - memang tiada ada sebarang bau yang keluar dari bag itu)
PB - Saya tahu tetapi durian tidak boleh bawa kerana dilarang?
idea menipu mula nak on...........
Jwp - Durian sikit je ni, itu pun untuk mak mertua yang mengidam, ada sikit kueh dan dodol dalam ni. (dalam hati durian banyak kueh ada sikit je terpaksa menipu)
PB - encik keluarkan kueh tu dan durian tinggal tak boleh bawa, kueh boleh bawa?
Puas aku dan isteri ku merayu, minta dilepaskan durian tanpa bau itu. Sjn Wanita PB separuh umur hanya selamba aje.
PB - Peraturan tetap peraturan durian tak boleh bawa - suaranya dah mula keras sedikit mungkin kerana desakan dan jadi perhatian beberapa pelanggan lain juga rakan-rakannya sekerjanya, anggota lain hanya diam sahaja mungkin hormat padanya yang berpangkat sjn.
Masa berlalu hampir 10 minit, rayuan, pujukan tak menjadi......, PB ni lurus macam batang kayu, habis pahala puasa hari itu siap menipu, merayu, menyumpah lagi.
setelah berputus asa..
Jwp - Kalau macam tu, puan ambilah bag ni......saya halalkan (dalam hati tuhan sahaja yang tahu...... aku sendiri x pasti). Aku terus tinggalkan bag itu di kuanter dan beredar dari situ......
PB - Encik...encik....encik. PB memanggil aku dan katanya aku tidak boleh tinggal bag disitu, aku pun bertanya padanya
Jwp - habis macam mana tanya aku?
PB - bagi pada saudara encik lah..............
Aku terangkan bahawa aku tidak ada sesiapa saudara disitu...... aku datang dari jauh, kawan yang hantar pun dah balik. kata ku "Puan ambil dan makan dengan kawan-kawan nanti semasa buka puasa, saya halalkan...... nak buangpun sayang juga"
PB - Tidak boleh encik! encik pergi luar dan berikan pada sesiapa sahaja....... kami tidak boleh ambil.
Bodoh aku dibuatnya, masa aku terbuang disitu hampir 30 minit........... aku marah juga tetapi masih dikira cool lagi. Perasaan marah isteri aku mula naik dan telah terlepas cakap yang bukan2 "puan ni ..........bla...bla.....bla". PB hanya diam, mungkin malu kerana jadi perhatian orang ramai. Aku terpaksa sabarkan isteri ku dan membawa dia dari situ supaya tidak menjadi lebih kecoh. Setelah isteri ku tenang aku kembali ke kauntar ambil bag itu semula dan terus bawa keluar......... ingat hati nak buang sahaja dalam tong sampah tetapi ingatkan rezeki tuhan tambahan pula makanan. Tuhan bukakan buah fikiran, aku pergi ke pondok polis LCCT beri pada anggota bertugas disitu.
Semasa saya masuk balik dan melalui pemeriksaan kali kedua..........Sjn/w tadi telah tiada. salah seorang anggota disitu menyapa saya "Sjn tu memang macam itu tidak boleh lebih kurang......., kesihan encik..........kalau saya bla...bla...bla.... Saya hanya boleh katakan "itu bukan rezeki mak saya". aku terus berlalu.
Saya sampai di KK disambut oleh keluarga sebelah isteri.....apa kata mak mertua..."yalah bukan rezeki tu...bunyi macam hampa aje, apa mahu cakap lagi.
2. Cuti berpuasa dan aktiviti biasa selama 10 Hari.
Yang syoknya masa berpuasa semacam pendek sikit. jam 6.30 ptg dan berbuka berbanding dengan selangor jam 7.30ptg. Biasanya bangun jam 7.30 pagi suasana masih gelap lagi tetapi disana matahari sudah tinggi dan panas, beberapa hari x dapat sesuaikan masa. Beli kueh jam 2.00 ptg, itupun dikira lewat jam 4.30 atau 5.00 petang x ada lagi orang jual kueh. awalkan ?. Kueh tidak banyak beza dengan di sini kecuali kueh spt. jelurut, tapai dan ada beberapa jenis yang susah nak sebut. hari ke dua aku sudah mulakan aktiviti seperti biasa, lepas subuh jam 6.30pagi dah ada ditepi sungai memancing udang galah. Kelengkapan sudah ada disana ditinggalkan semasa bercuti bulan april lalu.
3. Hari Raya aidil fitri.
hari pertama raya.
Raya kali ini agak berbeza kerana kebanyakan di Sarawak mereka siapkan kek berbagai warna dan corak minuman air berbagai jenama. Nak jumpa air kosong dan tidak ber gas susah sikit. Bagi meraikan semua keluarga di kampung kami sekeluarga sediakan meehon sup utara dengan sup kaki kerbau dan nasi braini gam....ooooo macaam pisang panas.
hari raya kedua dan ketiga.
aku bersama keluarga dibawa oleh mertua pergi beraya rumah saudara-mara di Brunei dan Limbang. Rupanya Brunei beraya lewat sehari dari kita di malaysia maka dapatlah aku beraya hari pertama 2 hari berturut-turut tahun ni. Banyak keluarga sebelah ayah mertua aku di Brunei dan Limbang. Dapat berkenal kenalan dan berkongsi cerita-cerita lama dan asal usul keluarga juga bagaimana setengah keluarga berada di Malaysia dan masih ada di Brunei. Panjang kalunak diceritakan. Tidak banyak beza suasana hari raya di sana kecuali dapat berkunjung ke rumah-rumah agam yang cantik dan dihias indah dan pakaian kebangsaan menjadi semacam wajib disana. Segak dengan sampin dan kopiah tinggi.......
hari raya ke empat.
Jam 2.00ptg dan sampai balik ke Lawas, melalui tepi sungai alagkah cantik air sungai dan dapat rasakan udang sedang lapar menanti umpan.... apa lagitukar sahaja baju dan terus pergi memancing dan memang petang itu ada rezeki, banyak ikan baung dan udang ku dapat tetapi agak lewat kerana air sudah surut.
hari seterusnya hingga kelapan....
Peluang bercuti dikampung yang eneknya langsung telefon x berbunyi, tugas macam dilupakan terus. bangun pagi makan, pergi memancing kalau tidak ada aktiviti lain dan tidur. Masa hanya terbuang dengan pergi shooping di tamu (pasar malam) di sipitang sabah.
sekembalinya ke KKB rasa macam malas hendak kerja tetapi tanggungjawab perlu dilaksanakan. 8.9.2011 jam 4.00pg sampai di KKB.
14 Jun 2011
Ku Datang Lagi Kuala Koh
Selepas semuanya siap... masing-masing berpecah mencari pot-pot yang difikirkan sesuai. Sehingga kepetang dan menjelang malam tiada siapa dapat menjerat raja sungai ini. Malam itu kami semua terpaksa berihat kami diuji dengan hujan ranyai-renyai dan kilat menjelang jam 11.00malam hujan turun dengan lebat............. aktiviti malam itu rihatkan badan hingga ke pagi.
15 Mei 2011
CUTI 10 HARI DI LAWAS....4/2011
Banyak perkembangan di Lawas sekarang.
Paling menarik ditepi sungai sudah ada Hotel Seri Malaysia siap dibina awal tahun 2011 dan telah dirasmikan oleh PM pada bulan april lalu. Membuatkan Lawas lebih ceria, Hotel ini dibina ditebing Sg Lawas membuatkannya amat menarik, cuma hargannya bersesuaian untuk klas menengah. Orang kampung pandang dan lihat sahaja. Pembangunan agak ketara berbanding yang dahulu banyak kawasan perumahan baru, mesjid, stadium yang cantik, jambantan merintasi Sg Trusan juga sudah siap dan boleh digunakan. Tahniah YB Awg Tengah yg memenagi DUN Bukit Sari.
Dalam kesempatan bercuti yang tidak dirancang itu, saya berkesempatan untuk menduga Sg Lawas yang terkenal dengan udang galahnya. Udang galah ini tabiatnya agak aneh. Sepanjang pengalaman saya memancing disini, kalau hujan turun dan membawa air lumpur dari daratan baik trip memancing itu ditangguhkan dulu......samada dia tak nak makan atau dia tak nampak umpan.......tak tahulah. Tunggu ditebing atau berperahu pun sama jawapannya habis bekalan balik masak meggi mee. Yang menghairankan ikan pun tak sudi........baung pun tak nak mencagut umpan. Habis pot-pot lama di rayau jawapannya meggi juga. Pernah sebelum ini saya berkesempatan memancing wak tu musim kemarau...air masin sampai di Pekan Lawas.......hasilnya juga sama.
Nak tunggu air sungai itu agak jernih sikit memakan masa 2 hari. 10 hari bercuti 7 hari habis disungai, cuma 1 hari sahaja yang menjadi lain-lain hampeh.
Tapi bagi mat gian macam saya semua tak kesah sangat....... masa bercuti harus dipenuhi apatah lagi jarang-jarang dapat peluang macam ni. Set pancing tak bawa.........beli baru 2 set (set pancing udang murahan ). Tapi agak berbaloi dengan pulangannya.
Masalah timbul udang yang dipancing nak dibawa balik ke Kuala Lumpur. Nak tahu bagaimana caranya nanti saya sambung.......
14.6.2011 saya hari ni berkesempatan menyambung catitan lalu..........begini caranya.
Cara satu boleh masuk dalam kargo kapalterbang secara haram.......bekukan semua udang dalam frezeer biar jadi batu, bungkus dengan tuala mandi, bungkus dengan plastik yang agak tebal supaya airnya tidak menitis, masukkan dalam kotak dan bawa seperti biasa. perjalanan dalam 5 jam insyallah tidak jadi masalah. cuma pastikan udang itu betul2 keras dan tidak dikesan oleh paramugari cantik manis di kuanter semasa chek ini.
Cara kedua....mudah, selamat dan halal..........bawa udang yang dipancing ke sebuah kedai dihujung pasar besar KK. Minta dia packing, bayar dan bawa dengan tangan simpan dalam pesawat.
Jumpa lagi......