15 Mei 2011

CUTI 10 HARI DI LAWAS....4/2011

LAWAS OH LAWAS......TUNGGU AKU DATANG LAGI.


Baru baru ini berkesempatan bercuti di Kampung, agak lama tak balik ke Lawas.Kali ini cuti pun tidak dirancang secara kebetulan sahaja. Mulanya berkesempatan bertugas dalam PRU (DUN) ke 10 Sarawak, bertugas di Bhg. Miri, Baram, Limbang dan Lawas. Di Miri saya berkesempatan malam Nasi Lelapan paling polular di Restoran Muara tengah-tengah pekan Miri bersesuaian dengan harganya cuna RM8.00 set sebegini. Setelah habis bertugas alang-alang pohon cuti 10 hari balik ke Lawas.

Banyak perkembangan di Lawas sekarang.

Paling menarik ditepi sungai sudah ada Hotel Seri Malaysia siap dibina awal tahun 2011 dan telah dirasmikan oleh PM pada bulan april lalu. Membuatkan Lawas lebih ceria, Hotel ini dibina ditebing Sg Lawas membuatkannya amat menarik, cuma hargannya bersesuaian untuk klas menengah. Orang kampung pandang dan lihat sahaja. Pembangunan agak ketara berbanding yang dahulu banyak kawasan perumahan baru, mesjid, stadium yang cantik, jambantan merintasi Sg Trusan juga sudah siap dan boleh digunakan. Tahniah YB Awg Tengah yg memenagi DUN Bukit Sari.
Dalam kesempatan bercuti yang tidak dirancang itu, saya berkesempatan untuk menduga Sg Lawas yang terkenal dengan udang galahnya. Udang galah ini tabiatnya agak aneh. Sepanjang pengalaman saya memancing disini, kalau hujan turun dan membawa air lumpur dari daratan baik trip memancing itu ditangguhkan dulu......samada dia tak nak makan atau dia tak nampak umpan.......tak tahulah. Tunggu ditebing atau berperahu pun sama jawapannya habis bekalan balik masak meggi mee. Yang menghairankan ikan pun tak sudi........baung pun tak nak mencagut umpan. Habis pot-pot lama di rayau jawapannya meggi juga. Pernah sebelum ini saya berkesempatan memancing wak tu musim kemarau...air masin sampai di Pekan Lawas.......hasilnya juga sama.
Nak tunggu air sungai itu agak jernih sikit memakan masa 2 hari. 10 hari bercuti 7 hari habis disungai, cuma 1 hari sahaja yang menjadi lain-lain hampeh.



Tapi bagi mat gian macam saya semua tak kesah sangat....... masa bercuti harus dipenuhi apatah lagi jarang-jarang dapat peluang macam ni. Set pancing tak bawa.........beli baru 2 set (set pancing udang murahan ). Tapi agak berbaloi dengan pulangannya.
Masalah timbul udang yang dipancing nak dibawa balik ke Kuala Lumpur. Nak tahu bagaimana caranya nanti saya sambung.......


14.6.2011 saya hari ni berkesempatan menyambung catitan lalu..........begini caranya.


Cara satu boleh masuk dalam kargo kapalterbang secara haram.......bekukan semua udang dalam frezeer biar jadi batu, bungkus dengan tuala mandi, bungkus dengan plastik yang agak tebal supaya airnya tidak menitis, masukkan dalam kotak dan bawa seperti biasa. perjalanan dalam 5 jam insyallah tidak jadi masalah. cuma pastikan udang itu betul2 keras dan tidak dikesan oleh paramugari cantik manis di kuanter semasa chek ini.


Cara kedua....mudah, selamat dan halal..........bawa udang yang dipancing ke sebuah kedai dihujung pasar besar KK. Minta dia packing, bayar dan bawa dengan tangan simpan dalam pesawat.


Jumpa lagi......

1 ulasan:

Tokan berkata...

ikan mogok atau dah pupus tu...