18 April 2008

PANCING PULAU JARAK

Mukadimah Saya (aku) tak pernah pancing laut dalam .......... apa yang dengar cerita dan apa yang buat andaian sendiri sebelum trip berjalan. hasilnya ini dia punya cerita 1) mabuk laut....muntah tak berhenti, kepala pusing, depa syok mancing kita tunggu macam nak mati. 2) trip 2malam 3hari tidur atas bot... ini satu lagi masalah, tidur macam atas buai masa saya kecik tak pa lah ini dah tua.......boleh cuba. bot tak ada tempat tu.....(tandas) kata depa pandai pandai nak buang apa pun... masyaallah macam mana tu ...... 3)mandi kalau nak jimat air... mandi air masin (laut) kemudian bilas dengan air tawar sikit je ..... 4) makan tak ada masalah bawa roti dengan beras saja lain boleh masak ikan tangkapan. Kawan tak ikut trip mesti cerita hak seram aja......., kawan yang nak ajak pi (boss) cerita ok je... tak ada masalah. Pi dulu baru tau katanya, best gila, 1 x mesti nak lagi. Sendiri hempa pikir la........ kata budak negeri 9 (raja lawak - nabil).
2minggu sebelum trip bermula hari hari p kedai Ah Peng btg X, sampai dia jemu tengok muka aku, minta tip-tip mancing laut dalam,ah peng kira ok juga mau ajar dan dia ada untung....... apa dia hulur aku beli aja.......
Trip ini diketui oleh Tok Demang dari IPD. Raub, Pahang. Sjn. Usuf (nako). Trip gang lama boss aku masa di kerja di Raub. Trip kali ni katanya 11 pemancing, 10 pro dan 1 amatur - aku le tu. 6 dari Raub, 3 dari Johor dan 2 dari kkb (aku dan boss).
Boss ambil aku jam 11.00 malam 13.4.08 dirumah. P tunggu gang raub di tepi jalan... jam 2.00 pagi 14.4.08 baru sampai, lambat hujan dikawasan genting highlands. Sampai di Setiawan jam 0600pagi, singgah mandi di masjid setiawan kasi segar sikit. Minum pagi di restoran tunggu kawan tok demang yang kira bot untuk trpi ni..Member tusampai bawa kami P ke pengkalan nelayan pasir panjang lebih kurang 3 km dari pekan setiawan. Jam l/kurang 8.30 pagi kami dipengkalan. Kami dikenalkan dengan tekong bot nama panggilan pak Usup. eh...macam nama tok demang juga. Pak usop orang kelantan merantau dan bermastautin tetap di setiawan lebih 40thn. bot sendiri, injin hino tengok botnya memang hebat. Pak usop kalau cerita apa pun tak ada masalah, pak usop ok je....... semua senang... beres. kalau sebelah kelantan pak usop ni kira orang senang (kalau nak hurai orang senang ni bukan orang kaya, tetapi hati dia orang tenang dan tak ada masalah, apa pun jadi senang, masalah beres saja). Kerja pak usop tangkap ikan pakai pukat. pancing bukan kerja dia. tapi kata pak usop sama je dua profesion ni tangkap ikan juga. Pak usop kemas bot, kami pemancing tak sabar nak P ni. tapi orang senang biasalah... sabar. pak usop lepas kemas bot dia balik rumah dulu...... katanya tunggu air pasang jam 10.00pagi baru boleh keluar pengkalan. kami kira ok lah alasan tu, kami tunggu di pengkalan sembang sembang tunggu masa pak usop balik rumah. Jam 12.00tgh sudah berlalu air dah pasang penuh bayang pak usop tak nampak. Tok demang mula gelisah.... kawan yang kira bot dah di sumpah berbakul kena hamput (maki) lagi....... biasalah orang pancing tak dapat labuh umpan (*7&^%#@&*(^%$$- macam macam ada)......... Jam 1.00ptg. baru pak usop sampai, muka dia selamba aje....... siap bawa mak usop sekali....., kami senyum saja. Pak usop stat injin bot, kami sebok naikkan barang-barang kami atas bot. Semua siap kata pak usop.... yang sedihnya lepas tu berkata lagi pak usop. "kalu kau orang lapar P makan dulu, Pak usop nak P hantar mak usop balik sat". Cuba anda bayang kan muka kaki pancing............. yang dah terbakar hatinya menunggu di pengkalan, tapi ada baiknya orang melayu ni.......busuk hati disimpan dalam hati, tapi depa maki dalam hati lagi diam je...... he..he..he... Bila pak usop bergerak je P hantar mak Usop balik. Tok demang mula mengamok. Ajak P makan pun tak mau. Perintahnya tunggu kalau pak usop tak sampai balik ke pengkalan dalam masa 1 jam kita cau...(belah). yang lain ikut perintah je... dipendakkan cerita.
Pak usop ni orang melayu. mungkin dia faham kot ... ngam-ngam 1 jam dia sampai balik dengan budak suruhannya nama "daud janda anak 2".Daud ni bujang tapi gila janda anak dua. itu sebab nama gelaraannya macam tu. Dengan muka orang senang Pak usop kata ok jom kita P. Tok demang hilang dia punya marah...... ok je naik bot. kami pun mula perjalanan ke laut tepat jam 2.30 petang. Penat tunggu pak usop dari jam 8.30 pagi hingga 2.30ptg dilupakan. Hebatkan oarang melayu ni.................
Perjalanan kelaut lepas memakan masa lebih kurang 4 1/2 jam. Kawasan perairan antarabangsa, berdekatan dengan pulau jarak. Banyak kapal lalau kawasan tu ulang alik selat melaka katakan lalauan tersebok di dunia. Masing masing dah kebulur jam lebih kurang 7.00 petang. Pak usop cakap malam baru pancing kita pasang pukat dulu. Pak usop dan daud ni memang cekap. 11 pemancing tengok dia dua orang pasang pukat. 4 bidang pukat dipasang sekitar peraiaran itu dalam masa 1 jam macam itu sahaja. siap pasang pukat pak usop parking botnya. kami semua sebok kemas pancing dan mula pancingan. kedalama air 120meter-mak ai dalamnya. Tak sampai 5 minit pancing aku yang pertama menerima rentapan...... penat perjalanan hilaang penat pusing masin pancing terasa - 120 meter katakan. Ikan pertama didaratkan ikan tanda berat lebih kurang 1kg. semua ceria tepat kena kawasan ikan. masing masing kusuk memancing, suasana jadi diam hanya suara pak usop sesekali memacah keheningan itu. memang bagai diduga sampai kesudah sekor tu aja. sampai tengah malam hanya 4 ekor ikan dapat didaratkan.
nak cerita bla...bla... bla.........................panjang kot..
dipendekkan cerita....... trip kali ni ada lucu, ada sedih dan ada seronoknya. trip yang banyak dapat ikan tetapi bukan ikan pancing tetapi ikan jaring. ikan besar besar, tapi kaki pancing biasalah ikan besar apa guna kalau tak direntap dengan joran. dua malam 3 hari dihabiskan diatas bot sahaja. makan tidur dan lihat pandangan yang cantik cantik. Trip yang tidak puas tetapi bagi orang tak ada pengalaman macam aku kira oklah. Tak mabuk laut pun stedy juga aku ni..... he...he...he. lain kali boleh cuba lagi... bye...bye.
Dibawah aku letakkan gambar kenang kenagan kami di laut antara bangsa..................

Aku (baju biru) sedang sembang kosong dengan tekong Sjn Usop Nako. nampak tekong kecewa je.....
Yang baju kuning tu boss aku, muka sadin je.... yang sexsi tu dipanggil Pak Menakan. Boleh tahan juga orang tua ni, jgn main2............. lain lain tu member kecewa....

ni masa rehat tepi pulau jarak. injin bot rosak sedang dibaiki... aku tak bagi peluang pancing cucu kerapu ditepi pulau ni ok jugalah........

ikan jenahak..... besarkan..............

aku kenalkan pak usop yang baju putih tu............... dng pembantunya daud..

bahagi hasil tangkapan.......................

lain kali cerita lagi........ wasalam...........