15 Mei 2011

CUTI 10 HARI DI LAWAS....4/2011

LAWAS OH LAWAS......TUNGGU AKU DATANG LAGI.


Baru baru ini berkesempatan bercuti di Kampung, agak lama tak balik ke Lawas.Kali ini cuti pun tidak dirancang secara kebetulan sahaja. Mulanya berkesempatan bertugas dalam PRU (DUN) ke 10 Sarawak, bertugas di Bhg. Miri, Baram, Limbang dan Lawas. Di Miri saya berkesempatan malam Nasi Lelapan paling polular di Restoran Muara tengah-tengah pekan Miri bersesuaian dengan harganya cuna RM8.00 set sebegini. Setelah habis bertugas alang-alang pohon cuti 10 hari balik ke Lawas.

Banyak perkembangan di Lawas sekarang.

Paling menarik ditepi sungai sudah ada Hotel Seri Malaysia siap dibina awal tahun 2011 dan telah dirasmikan oleh PM pada bulan april lalu. Membuatkan Lawas lebih ceria, Hotel ini dibina ditebing Sg Lawas membuatkannya amat menarik, cuma hargannya bersesuaian untuk klas menengah. Orang kampung pandang dan lihat sahaja. Pembangunan agak ketara berbanding yang dahulu banyak kawasan perumahan baru, mesjid, stadium yang cantik, jambantan merintasi Sg Trusan juga sudah siap dan boleh digunakan. Tahniah YB Awg Tengah yg memenagi DUN Bukit Sari.
Dalam kesempatan bercuti yang tidak dirancang itu, saya berkesempatan untuk menduga Sg Lawas yang terkenal dengan udang galahnya. Udang galah ini tabiatnya agak aneh. Sepanjang pengalaman saya memancing disini, kalau hujan turun dan membawa air lumpur dari daratan baik trip memancing itu ditangguhkan dulu......samada dia tak nak makan atau dia tak nampak umpan.......tak tahulah. Tunggu ditebing atau berperahu pun sama jawapannya habis bekalan balik masak meggi mee. Yang menghairankan ikan pun tak sudi........baung pun tak nak mencagut umpan. Habis pot-pot lama di rayau jawapannya meggi juga. Pernah sebelum ini saya berkesempatan memancing wak tu musim kemarau...air masin sampai di Pekan Lawas.......hasilnya juga sama.
Nak tunggu air sungai itu agak jernih sikit memakan masa 2 hari. 10 hari bercuti 7 hari habis disungai, cuma 1 hari sahaja yang menjadi lain-lain hampeh.



Tapi bagi mat gian macam saya semua tak kesah sangat....... masa bercuti harus dipenuhi apatah lagi jarang-jarang dapat peluang macam ni. Set pancing tak bawa.........beli baru 2 set (set pancing udang murahan ). Tapi agak berbaloi dengan pulangannya.
Masalah timbul udang yang dipancing nak dibawa balik ke Kuala Lumpur. Nak tahu bagaimana caranya nanti saya sambung.......


14.6.2011 saya hari ni berkesempatan menyambung catitan lalu..........begini caranya.


Cara satu boleh masuk dalam kargo kapalterbang secara haram.......bekukan semua udang dalam frezeer biar jadi batu, bungkus dengan tuala mandi, bungkus dengan plastik yang agak tebal supaya airnya tidak menitis, masukkan dalam kotak dan bawa seperti biasa. perjalanan dalam 5 jam insyallah tidak jadi masalah. cuma pastikan udang itu betul2 keras dan tidak dikesan oleh paramugari cantik manis di kuanter semasa chek ini.


Cara kedua....mudah, selamat dan halal..........bawa udang yang dipancing ke sebuah kedai dihujung pasar besar KK. Minta dia packing, bayar dan bawa dengan tangan simpan dalam pesawat.


Jumpa lagi......

18 Mac 2011

aktiviti baru

untuk makluman rakan blog, saya sudah lama tidak up date blog ni. aktiviti baru saya senyap dan sunyi sahaja, kerja terlalu banyak tidak sempatuntuk bersama-sama anda. anda boleh fb saya dialamat sama.........jumpa lagi.

13 Julai 2009

ambil angin P Selatan Semenanjung



Semperna cuti lalu...........saya dok pikiar mana mau bawa P budak-budak cuti semaster dan cuti sekolah. Lebih lagi ada mak mertua pulak...... nak balik kampung utara dan selalu sangat. Cek cadang P jalan ke Terangganu (kuala berang) lebih dekat lagi Kg. Sg Las, Sg. Tong. Kawan cek ada buat majlis khawin adik dia dan dia pun bukan lain orang boss cek juga. Di sebabkan dekat dekat cuti 2 ada pulak macam-macam hal, maka taak jadi P Sg. Tong. Pikiar punya pikiar terai P tengok ke Selatan semenanjung. Depa kata Danga Bay tempat TV3 selalu buat Jom Heboh hebat sangat, nampak singapo. Kita terai P tengok macam mana dia punya hebat, secara kebetulan pulak boss lama orang Johor dia pun sedang cuti. Rumah dia diparit 7063 kot (agak-agak saja parit banyak santar kat pontian tu tak boleh ingat). cal dia, dia setuju bawa cek dan famili jalan-jalan di johor. Pakai jadi lah.
Cek macam biasa naik UNSER, kereta besar banyak boleh muat. Kami P Melaka bandarraya bersejarah. Tidok di Melaka satu malam habislah round situ tengok kawan kawan lama cek masa dulu-dulu tu. kat muzium jumpa depa tapi semua sombong tak mau cakap sepatah pun Hang Tuah lagi buat tak tau kat cek, hang Jebat lupa kawan, 3 lagi hang tu pun tak boleh pakai. Depa satu pun buat tak ingat pada cek. Dulu kami kawan superman main goli, kami pangil hang sana, hang sini (orang kedah tau saja le hang banyak)........he..he... buat lawak pulak.
Di Melaka boleh naik keris taming sari, tepacak dekkat padang pahlawan, kena pulaak Pesta Melaka masa tu punya la ramai orang. boleh le.
keesoknya cek P johor. lepak dekat kaw. bebas cukai punya hotel. Boss lama cek bawa jalan jalan di Johor. syok juga sama tu. danga bay tu boleh tahan tapi. semua pakai duti. kopak cek....... macam macam ada situ. Funfair hari hari, apa lagi raya sakanlah..........
Yang paling cek syok tengok singapo depan mata. eh.....eh.... tak sangka dekat je singapo tu. berenang pun boleh.