14 Jun 2011

Ku Datang Lagi Kuala Koh

Berkesempatan lagi ku melawat Taman Negara Kuala Koh setelah lebih 2 tahun ditinggalkan. Trip kali ini tidak dirancang hanya menjadi secara spontan. Sembang-sembang di kedai kopi bersama abang Mat cecerita kisah lampau dan terus jadi. Rombongan cik kiah (kenapa dipanggil rombongan cik kiah nanti saya ceritakan) berlepas dari KKB jam 11.00 malam 31.5.2011 menggunakan 2 buah pacuan 4 roda. Rihat sebentar di R&R Spg Pulai pekena pau dan kopi panas sebelum mendaki jalan Spg Pulai-Cameron Highland terus ke Gua Musang. sampai si Gua Musang jam 4.30 pagi isi minyak Petronas Pekan Guan Musang dan perjalanan diterus ke Kuala Koh, menjelang waktu subuh kami telah sampai di Taman Negara itu.

Cuaca pagi Rabu (1.6.2011) ni cerah, lepas urusan permit dengan pejabat dan sarapan di cafe terus angkat barang ke bot. Ini part paling aku tidak gemar ia amat memenatkan, menuruni 203 anak tangga dengan membawa segala macam barang keperluan dan ada yang tidak perlu rasanya sebelum sampai ke jeti di tepi sungai koh.

Dengan nasihat Zaki bot men rombongan cik kiah yang ramai + kanak-kanak Lubok Kedah menjadi pilihan. Perjalan dengan bot mengambil masa lebih kurang 20 minit kami sampai ditempat yang dituju. Setelah menjejak kaki ke Lubok Kedah dilihat persekitaran ada banyak perubahan pasir sudah menimbun tinggi ditebing, batu besar telah berada ditengah2 sungai. Pot-pot pancing lama telah hilang, sungai menjadi lebih lebar. Air jernih tetapi paras air agak dalam kerana masih dalam keadaan cuaca yang tidak menentu. .................air sungai amat sesuai jernih, sejuk dan mengalir deras menyebabkan hati amat teruja dalam fikiran ikan kelah yang diburu sedang menanti umpan jatuh ke air untuk di sambar.
Langkah pertama digerakkan. Peduli dengan barang yang dibawa dahulu terus siapkan joran dan terus mencari sasaran. Sejam kemudian bila ikan yang diburu hanya menyepi baru teringat perut sudah lapar dan istana pasir belum disiapkan.


(ini lah part paling meletihkan)



(rombongan cik kiah di jeti - lihar air sungai uph......)



( dalam bot dah tak sabar rasa hati mahu sampai ke lubok )

Selepas semuanya siap... masing-masing berpecah mencari pot-pot yang difikirkan sesuai. Sehingga kepetang dan menjelang malam tiada siapa dapat menjerat raja sungai ini. Malam itu kami semua terpaksa berihat kami diuji dengan hujan ranyai-renyai dan kilat menjelang jam 11.00malam hujan turun dengan lebat............. aktiviti malam itu rihatkan badan hingga ke pagi.

Pagi Khamis - awal bangun bila cuaca cerah lihat air telah naik mendadak lebih 10 kaki membawa segala sampah dan khazanah alam. Aktiviti memancing terpaksa dihentikan, gantung pancing santai ditepi sungai sambil sembang kisah lampau cerita-cerita manis/pahit di situ dan cerita dongeng hantu mak limeh balik rumah pun ada.

Menjelang petang air menurun sedikit ikan mula main tetapi air tanah dan sampah ada. Azam, Wani dan Tn Zul ada menaikkan beberapa ekor ikan masai sebesar dua tiga jari....cukup untuk makan malam semua ahli rombongan cik kiah ni.



hanya aktiviti sebegini yang boleh dibuat.....



cuaca cerah tetapi lihatlah airnya....


Malam itu sembang-sembang sampai pagi dan tidur jam 4.00 pagi. Untung ada abang mat dia memang banyak cerita.


Jumaat pagi - air surut tetapi masih berkeladak ikan lampam, sebarau, toman mula main dan makan umpan kelapa sawit yang ditabor. Pagi-pagi lagi selepas subuh pancing dah berlaboh disungai. Memandangkan hari terakhir trip kali ni........tidak peduli sarapan pagi dalam hati dapat seekor raja sungai pun dah cukup tetapi nak yang 2 atau 3 kilo punya (biasalah hati pemancing). Semua pot-pot menarik di uji walaubagaimanapun menjelang tengah hari masih gagal mendapat sebarang sambaran atau gertuan anak-anak ikan masai jadi penawar. Berhenti tengah hari menghormati waktu jumaat walaupun tak kemasjid. Kemas khemah dan bersiap untuk meninggalkan lubok itu. Menjelang jam 2.00 ptg aktiviti diteruskan sehingga saat terakhir. Seperti biasa dan sudah menjadi adat pemancing disaat saat akhir bagi menguji iman Azam mendapat satu strip tetapi kecundang kerana tali tersangkut pada batu. Mungkin itu hanya sebagai peguat semengat untuk memanggil kami kambali lagi kesitu.

Sebagaimana yang telah dijanjikan, Jam 4.10 ptg, Zaki bot men sampai, tibalah saatnya kami meninggalkan lubok kedah dengan penuh kekecewaan dan meninggalkan satu perasaan geram dan berjanji akan datang lagi dalam masa terdekat.

Biasa orang melayu dalam tidak baik masih ada nasib baik. Nasib kami agak baik setibanya di jeti kumpulan belia dari Kuala Krai kelantan sedang mandi disitu dan mereka telah ringan tulang membawa segala peralatan kami naik melalui anak tangga yang menyeksakan hingga ke atas bukit. Nasib...nasib.........terima kasih diucapkan kepada mereka. Kalau tidak ada mereka bayangkan penyeksaannya mengangkat barang menaiki 203 anak tangga itu.


Ku cerita kenapa trip kali ini dipanggil sebagai rombongan cik kiah. Rombongan cik kiah agak besar turut disertai isteri tercinta (wani), SM Mat lebih mesra dengan panggilan abg mat, Tn Zul adik abang mat, Azam anak abang mat, Azam membawa keluargannya (isteri dan dan 3 orang anak). Anak-anak Azam berumur 8,5 dan 2 tahun. Bayangkan budak usia begini tinggal dalam khemah dan ditebing sungai. Azam menguruskan semua keperluan makanan. Isterinya memang terkenal sebagai cheff masakan. Sebagai pemanis bicara di hujung cerita ini ku nyatakan barang keperluan turut dibawa bersama. Lesung batu lebih kurang 3 kilo satu set, 10 tin susu berbaki 5 tin dibawa balik, sebalang tempoyak,1/2 daripadanya dibawa balik , beras 5 kilo, bawang, ikan bilis, botol kicap, cili sos dan lain lain .... sesuai trip kali ini dinamakan rombongan cik kiah..........................macam-macam.......... ada.

Trip 2 malam 3 hari dengan bermalam dalam khemah tamat disini, jam 6.00 petang kami meninggalkan taman negara dan sampai di kkb jam 2.00 pagi.


Gambar-gambar seliangan sebagai kenangan untuk trip ini.


(bersama isteri dengan muka yang kecewa)



(bersama Azam dan cheff trip ini) (perjalanan balik )

15 Mei 2011

CUTI 10 HARI DI LAWAS....4/2011

LAWAS OH LAWAS......TUNGGU AKU DATANG LAGI.


Baru baru ini berkesempatan bercuti di Kampung, agak lama tak balik ke Lawas.Kali ini cuti pun tidak dirancang secara kebetulan sahaja. Mulanya berkesempatan bertugas dalam PRU (DUN) ke 10 Sarawak, bertugas di Bhg. Miri, Baram, Limbang dan Lawas. Di Miri saya berkesempatan malam Nasi Lelapan paling polular di Restoran Muara tengah-tengah pekan Miri bersesuaian dengan harganya cuna RM8.00 set sebegini. Setelah habis bertugas alang-alang pohon cuti 10 hari balik ke Lawas.

Banyak perkembangan di Lawas sekarang.

Paling menarik ditepi sungai sudah ada Hotel Seri Malaysia siap dibina awal tahun 2011 dan telah dirasmikan oleh PM pada bulan april lalu. Membuatkan Lawas lebih ceria, Hotel ini dibina ditebing Sg Lawas membuatkannya amat menarik, cuma hargannya bersesuaian untuk klas menengah. Orang kampung pandang dan lihat sahaja. Pembangunan agak ketara berbanding yang dahulu banyak kawasan perumahan baru, mesjid, stadium yang cantik, jambantan merintasi Sg Trusan juga sudah siap dan boleh digunakan. Tahniah YB Awg Tengah yg memenagi DUN Bukit Sari.
Dalam kesempatan bercuti yang tidak dirancang itu, saya berkesempatan untuk menduga Sg Lawas yang terkenal dengan udang galahnya. Udang galah ini tabiatnya agak aneh. Sepanjang pengalaman saya memancing disini, kalau hujan turun dan membawa air lumpur dari daratan baik trip memancing itu ditangguhkan dulu......samada dia tak nak makan atau dia tak nampak umpan.......tak tahulah. Tunggu ditebing atau berperahu pun sama jawapannya habis bekalan balik masak meggi mee. Yang menghairankan ikan pun tak sudi........baung pun tak nak mencagut umpan. Habis pot-pot lama di rayau jawapannya meggi juga. Pernah sebelum ini saya berkesempatan memancing wak tu musim kemarau...air masin sampai di Pekan Lawas.......hasilnya juga sama.
Nak tunggu air sungai itu agak jernih sikit memakan masa 2 hari. 10 hari bercuti 7 hari habis disungai, cuma 1 hari sahaja yang menjadi lain-lain hampeh.



Tapi bagi mat gian macam saya semua tak kesah sangat....... masa bercuti harus dipenuhi apatah lagi jarang-jarang dapat peluang macam ni. Set pancing tak bawa.........beli baru 2 set (set pancing udang murahan ). Tapi agak berbaloi dengan pulangannya.
Masalah timbul udang yang dipancing nak dibawa balik ke Kuala Lumpur. Nak tahu bagaimana caranya nanti saya sambung.......


14.6.2011 saya hari ni berkesempatan menyambung catitan lalu..........begini caranya.


Cara satu boleh masuk dalam kargo kapalterbang secara haram.......bekukan semua udang dalam frezeer biar jadi batu, bungkus dengan tuala mandi, bungkus dengan plastik yang agak tebal supaya airnya tidak menitis, masukkan dalam kotak dan bawa seperti biasa. perjalanan dalam 5 jam insyallah tidak jadi masalah. cuma pastikan udang itu betul2 keras dan tidak dikesan oleh paramugari cantik manis di kuanter semasa chek ini.


Cara kedua....mudah, selamat dan halal..........bawa udang yang dipancing ke sebuah kedai dihujung pasar besar KK. Minta dia packing, bayar dan bawa dengan tangan simpan dalam pesawat.


Jumpa lagi......

18 Mac 2011

aktiviti baru

untuk makluman rakan blog, saya sudah lama tidak up date blog ni. aktiviti baru saya senyap dan sunyi sahaja, kerja terlalu banyak tidak sempatuntuk bersama-sama anda. anda boleh fb saya dialamat sama.........jumpa lagi.